Thursday, March 18, 2010

Ali Zaidan ialah Songkok Putih..

Aku agak terkejut bilamana artikel aku iaitu TG Nik Aziz ialah Bahlol Malaysia di siarkan di Laman Tranungkite . Cepat pulak tu. Ini ialah bukti jelas bahawa Ali Zaidan ialah Songkok Putih. Keh keh..

Jadi aku nak respon sikitlah berkenaan komentar2 yang diberi oleh Songkok Putih dan respon para pembaca di sana. Aku rasa bertanggungjawab sebab aku tak mahu SP dianggap sebagai 'cincai' masa ambil artikel (Satu lagi bukti bahawa aku ialah Songkok Putih. Keh keh)

Kebanyakan komen (Aku rasa semua) duk pakat maki aku. Siap ada yang kata artikel aku tu 'pundek'. Apa benda pundek ni? Kalau 'pundak' aku tau la. Eh, tak reti la aku bahasa orang zaman sekarang. Aku rasa aku muda lagi. Baru 'tingkatan 2'. lalala~

Tak apa lah. Sebab aku memang benarkan maki bila habis baca. Paham ke tidak tu bukan aku yang bagi.

So, komen kepada SP:

Pertama sekali, aku bukan ustaz. Ambik engineering kot dulu. Cuma aku anggap satu pujian lah bila SP kata 'aku mungkin ustaz'. Serba salah pulak bila dipuji begitu. Sebab rasanya aku yang lebih sekular berbanding SP yang dapat tarbiyah Pas dari awal.

Semasa di universiti dahulu aku terlibat dalam Tabligh sebelum terjun ke dunia tasawuf. Tapi ramai orang yang pandang serong kepada tasawuf dan tabligh ni. Nak-nak golongan 'Anak Pak Wahab'. Keh keh

Dan terima kasih di atas doa. Semoga Allah terus bagi kekuatan kepada semua pencinta kepimpinan ulamak.

Seterusnya, aku nak komen kepada satu kritikan seorang kawan kita yang bernama gergasie. Kritikan dia agak baik, jadi aku perturunkan kat sini:

aku rasa penulis tajuk ni pandai tapi tak cerdik, bahlol digunakan oleh orang shiah bagi merendahkan martabat khalifah harun Ar Rashid dan ulamak sunnah,

Harun ar Rashid adalah khalifah yang menjadi mangsa tohmahan sejarahwan, dikatakan peminum arak dan suka berpoya-poya. Padahal ia malamnya dikatakan tidak tidur melainkan solat sunnat 100 rakaat.

Bahlol dalam kisah-kisahnya digarap untuk merendah-rendahkan ulama sunnah contohnya Imam abu hanifah.


Dahulu, memang ada kisah yang tidak benar antara Bahlol Dana dan Imam Abu Hanifah yang aku dengar. Iaitu apabila Imam Abi Hanifah dikatakan mempersoalkan kewibawaan Imam Jaafar Sadiq dalam persoalan tauhid [seperti soalan bagaimana api (neraka) boleh menyakiti api (syaitan)?]. Mustahil benarlah Imam Abu Hanifah sebodoh itu sampai nak tanya soalan seremeh ini. Padahal dia terkenal pada zaman mudanya menewaskan pendeta agama yang telah mengalahkan hampir semua ulama pada zamannya dalam debat.

Dan aku percaya bahawa ia direka oleh golongan Syiah ghulat untuk menjatuhkan martabat Imam Sunnah ini. Well, Imam Jaafar Sadiq kan dianggap sebagai antara Imam 12 Syiah dan dikata pengasas Syiah Jaafari.

Aku bukan tak nak cerita ini semua, tapi agak-agaklah, apakah kisah ini relevan dengan kisah 'Bahlol Dana mintak hujan' tu.

Tapi, menjadikan hujah sebagai dasar bahawa watak Bahlol Dana ialah rekaan Syiah, bagi aku tak tepat.

Syiah (ghulat sahaja) memang terkenal dengan kemampuan mereka mengubah sirah. Sampai kisah2 yang dipesongkan dan mempunyai riwayat yg lemah pun dah termasuk dalam silibus anak-anak kita kat sekolah. Contoh, Aishah kahwin dengan Nabi ketika berusia 6 tahun (sebenarnya pendapat yg lebih kuat ialah 16 tahun), Muawiyah ahli politik licik (Ingat cerita Khalid Samad masa muktamar tahun lepas) atau para pemanah meninggalkan bukit Uhud kerana dikaburi dengan harta ghanimah (Sebenarnya sahabat tersilap mentakwil arahan Nabi).

Tetapi walaupun kisah tokoh2 ini dipesongkan, adakah ia bermakna watak mereka tidak pernah wujud dalam zaman? Tak munasabahlah kalau kita nak kata Muawiyah dan Aisyah ialah watak rekaan syiah hanya kerana ada kisah mereka yg diputarbelit golongan ghulat! Atau jangan pakai kisah mereka sebagai hujah sebab kisah mereka ada yg diputar belit golongan jahat!

Maaflah, kalau itu hujahnya aku tak setuju.

Lagi satu, aku tak fikir kisah Bahlol Dana membuat rumah tanah liat atau kisah nya memohon hujan menjatuhkan maruah Harun Ar Rashid sebagai khalifah Abbasiyah yg paling berjaya pada zamannya. Memang aku tak nampak di mana 'rompongnya' (pakai perkataan wan Ziarahsufi) kisah itu.

Kisah dan keilmuan Bahlol Dana memang merupakan antara hujah yang suka disebut oleh tokoh-tokoh tasawuf sampai sekarang. Yang kerap memakai kisah Bahlol Dana ialah Syeikh Zulfiqar Ahmad. Kalau hampa rajin, buleh la google dia. Satu lagi yang suka pakai ialah Syeikh Fuad Kamaludin Al-Maliki. La ni dia ialah ahli Majlis fatwa Negeri Sembilan. Toksah nak kata depa dua orang ni Syiah la. Aku ikat korang kat pokok rambutan, simbah dengan kerengga nanti! Keh keh..

Cuma kita rasa canggung, tak selesa, sebab 'bahlol' ini telah di sinonimkan dengan perkataan bodoh dan bebal. Maka apabila aku cuba 'mendefinisikan' kembali perkataan itu dan meletakkannya kepada figur semulia TG Ayah Zik, kita rasa tercabar sebab ia 'menceroboh' kefahaman kita yang lama.

Jadi aku boleh faham bila mana ada yang tak boleh tangkap maksud aku. Sebab ramai yang lebih terarah kepada tajuk yg kontroversi. Keh keh.

Lagipula, cerita-cerita ini bergantung kepada perspektif. We dont see things as they are, we see things as we are.

Ha, apa ingat orang tasawuf tak belajar psikologi ke? keh keh..

Yang lain tu tak payah komenlah kot. Pasal aku tak berapa nak paham. Eh, serius ni, 'pundek' tu apa?

Walaubagaimanapun, aku terima nasihat kawan2 yang minta lebih beradab dlm tulisan. Walaupun aku tak nampak yang mana tak beradabnya. Sebab kadang-kadang orang tak boleh paham mana adab mana bergurau, mana bohong mana menyindir.

Barangkali semua kena pakat tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus dulu kot! Keh keh

2 comments:

kk said...

yang penting kisahnya amat menyentuh hati, insaf diriku yang kerdil ini. ulamak adalah pewaris nabi, dan ulamak patut dihormati walaupun kadangkala dia terkhilaf, yang penting lebih banyak manafaat dari tidak bermanafaat macam task force 13, kerja hari hari menulis tentang keburukan jemaah pas

malikstaffa said...

mereka bukan bicara keburukan jemaah pas,
keburukan puak pejahanam dalam PAS seperti SongkokPutih dan AliZaidan.