Tuesday, March 23, 2010

Kerja bodoh apakah ini?

Dalam 1-2 tahun dulu, kawan aku yang kerja dekat Sarawak ada cerita, bagaimana dia dapat satu pamplet yang 'Islamik'. Dalam pamplet itu diceritakan tentang keajaiban Nabi Isa a.s. Bagaimana dia dilahirkan dengan ajaib; tanpa bapa dan bagaimana kemuliaan yang Allah bagi kat mak dia, Maryam, sehingga satu surah dalam quran dibagi nama Maryam.

Sekali pandang macam best..

Tapi dia jadi start tak best, bilamana tukang tulis dia berusaha untuk membanding-bandingkan keutamaan antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tak special, sebab lahir cara normal. Nabi Isa lagi special, sebab lahirnya secara ajaib.

Nabi Isa special, mak dia disebut 34 kali dalam Quran. Siap ada surah khas nama dia (mamat ni tak sedar agaknya ada Surah Muhammad dalam Quran!!). Nabi Muhammad tak special. tak usahkan nama surah, nama 'Aminah' pun tak ada dalam Quran.

Nabi Isa baik. Buat dakwah dengan aman. Rom bantai dia pun dia tak berperang. Nabi Muhammad pulak banyak kali keluar berperang.

Last sekali tukang tulis tu tanya, siapa lagi rendah diri?

Aku nak tanya, apa motif tukang tulis ni duk banding2kan keistimewaan dua Rasul ulul azmi ni? Padahal semua tahu keadaan dua Nabi berbeza. Maka approach mereka tentulah takkan 100% sama.

Mustahillah sebab dia sayang nabi Isa. Orang yang sayang Nabi isa takkan kutuk Nabi Muhammad. Takkan orang yang sayang Nabi Isa perleceh Nabi Muhammad.

Sebab Nabi isa dilaporkan ada sebut dalam Gospel of Barnabas chapter 163:

The disciples answered, "O Master, who shall that man be of whom you speak, who shall come into the world?" Jesus answered with joy of heart: 'He is Muhammad;, Messenger of God, and when he comes into the world, even as the rain makes the earth to bear fruit when for a long time it has not rained, even so shall he be occasion of good works among men, through the abundant mercy which he shall bring. For he is a white cloud full of the mercy of God, which mercy God shall sprinkle upon the faithful like rain.'

Maksud dia (Aku terjemah bebas): Para pengikut bertanya," Tuan, Siapakah orang yang tuan cakapkan itu, akan datang ke duniakah dia?". Jesus menjawab dengan hati yang gembira, "Dialah Muhammad, utusan Allah. Bilamana dia datang ke dunia, hujan akan turun dan bumi akan menuaikan hasil walaupun sebelumnya kemarau panjang. Dia akan membawa rahmat yang melimpah, dan memberi peluang untuk pekerjaan yang baik di kalangan manusia. Dialah awan putih yang penuh dengan rahmat, dan Allah akan menurunkan rahmat seperti hujankepada mereka yang beriman.

Gospel of Barnabas ini dikatakan Gospel asal yang belum tercemar. Dan memang ada usaha pihak Kristian menuduh Injil Barnabas dicipta oleh Orang islam sendiri. Sedangkan kitab ini dijumpai di atas dada Barnabas, dengan tulisan tangannya, di dalam kubur dia. Dan semuanya itu berlaku sebelum lahirnya Nabi Muhammad. Aku tak mahu cerita lebih2 kat sini, (Perang Portugis-Belanda yg berlaku disebabkan perbezaan mazhab Kristian pun ramai yang tak tahu!). Kalau cerita nanti, melalut ke lain pulak. Ada masa, aku cuba buat entri khas.

Kalau tak sayang Nabi Isa, maka apa pointnya?

Mudah, jawapannya tukang tulis tu benci kedua-duanya; Muhammad dan Isa. Dia nak memecah belah dan meragukan umat islam dengan kerasulan kedua-duanya. Kita yang sayang Nabi Muhammad akan attack dan mungkin sampai satu tahap berusaha merendah-rendahkan martabat Nabi isa demi membuktikan taraf Nabi Muhammad lebih tinggi. Nauzubillah.

Taktik lapok. Tapi ada jugak yang termakan!

Aku tak nak kata ini dakyah siapa. Korang fikir sendiri. Semua dah habis sekolah. Aku je yang tahun depan baru nak ambik PMR. Keh keh keh.

Dah buat apa kau cerita semua ni Ali?

Mudah. Aku nak cerita bahawa taktik lapok ini pun ada dipakai oleh satu dua ekor anai-anai untuk meragukan jemaah dengan kepimpinan ulamak.

Dan ya, ada jugak yang termakan!

Mereka banding-bandingkan kepimpinan TGHH dan Almarhum Ustaz fadzil. Atau membandingkan peribadi TGHH dan TGNA.

Sedangkan semua tahu situasi antara musim kepimpinan ini berbeza. Zaman TGNA baru naik menjadi Mursyidul am menggantikan Almarhum TG Yusuf rawa pun, ada yg merendah-rendah kebolehan dia. Memang benar berbeza, tapi zaman TGNA dan TGYR kan lain?

Begitu jugak nak membandingkan zaman TGHH dan us fadzil. mesti tengok zaman dan masalah yg berbeza.

Ingat dahulu masa us Fadzil terima jemputan Che Det untuk buat ucapan bersama pasal Palestin live dekat TV (Aku rasa masa tu baru lepas PRU 10). Ingat? Takkan lupa masa tu bagaimana Che Det yg bercakap selepas Us fadzil menyindir sinis +-"Nak suruh umat islam bersatu, kita kat sini bersatu dululah".

Cuba bawa situasi itu pada hari ini, dan yang bercakap itu Najib dan TGHH, dah tentu dikatanya TGHH bodoh masuk perangkap musuh.

Tapi masa tu Alhamdulillah, anai-anai kurang lagi, kita spray sikit dah mati. Jadi tiang seri rumah jemaah kita tak jejas.

Sekarang lain, anai-anai membiak. Tak makan Baygon puak-puak ni. Dah immune. Buat penat spray je.

Bagi aku, yang membandingkan ini lebih kurang sama saja dengan yang 'puji Nabi isa, kutuk Nabi Muhammad' tu. Mustahil orang yang hina Us Nasha dan puji Us Fadzil tu sayang Us Fadzil dengan betul2. Tipu.

Sebab us Fadzil sendiri yang angkat Us nasha sampai ke tahap ini. Bukan kita tak tahu, us Nasha baru saja menang AJK Pemuda, terus Us Fadzil angkat jadi SU Agung. Su Agung bukan muktamar angkat. Itu kuasa Presiden.

Bagi aku, menghina kebolehan Us Nasha sama saja dengan merendahkan kebolehan membuat keputusan Us fadzil. Senang.

Bukan kita tak tahu, kerja membanding2kan kepimpinan ini tak lain kerja nak menjahanamkan jemaah.

Eh, lupa pulak. Ni bukan aku samakan ulamak kita dengan Nabi. Sebab ada jugak anai2 yang tak berapa ada akal ni, bila aku pakai dalil kisah nabi, dia kata aku nak jadi Nabi!

Brain Freeze!

4 comments:

Anonymous said...

Slm pencerahan perut...(xmkn MD n KFC)

Saya rasa zaman Us. Fadhil dulu pun ramai gak yg kutuk dia-seingat saya, mcm2 cemuhan-psl pi umh Anwar, psl palastine-psl ceramh kutuk-mengutuk psl kezliman dan mcm lagi la.. Sama gak mcm zamn Ust. Hadi.. Setiap zaman ada musuh dari dalam dan luar-Zamn nabi2 dn Rasul dulu pun dah ada..Soalnya nak kenal sapa je..paling tidak kita kenal sikit demi sikit siapa golongan ini... Akhirnya golongan ini akn berputus asa dan berasa tension...
by org-taiping

adam said...

setuju dgn artikel ni...paling terbaru baca blog baganutama...kutuk dr. harun din, tp puji tgha...padahal mereka ada hujah masing2...dr. harun din lebih melihat kpd maslahat akidah, tok guru presiden secara umum (lebih bersifat politik sesuai dgn jawatan beliau sbg presiden parti politik yg bercakap di Parlimen- walaubagaimanapun TIDAK keluar dari landasan syarak) ttg isu penggunaan kalimah Allah.

anai2/munafik dalam jemaah Islam sentiasa cuba memecahbelahkan kesatuan jemaah. berhati-hatilah wahai pejuang Islam terutamanya yg berada dalam PAS!

abgBro said...

dik Ali...dr dulu anai2 dah ade tapi blog tak fofulerr(atau xder lg) lg so xnmpak sgt anai2 duk kekoh 'tiang'...hehehe

Anonymous said...

Teruskan spray ANAI2 ni..sehingga dapat cari siapa Ketuanya. Allahuakbar!