Monday, March 29, 2010

Jangan cepat melatah dengan laporan media musuh

Ahli-ahli PAS diminta tidak cepat melatah dengan isu-isu yang dibangkitkan media milik Umno tetapi sebaliknya mereka mestilah merujuk kepada media rasmi parti.

"Sebarang masalah yang boleh memecah belahkan parti kita hendaklah dijauhi. Sekarang media berusaha memecah belahkan kita dan Pakatan Rakyat. Kita hendaklah berhati-hati dengan media yang berusaha memecah belahkan parti kita dan Pakatan Rakyat, kita kena tahu sepak terajang mereka. Kita kena rujuk media rasmi parti kita,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika berucap di majlis penutup Mesyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh, kali Ke 23 di Markaz PAS Sungai Gau, dekat sini.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh media Umno yang sedang melagakan para pemimpin PAS dengan pelbagai isu. Usaha ini juga dibuat oleh sesetengah media baru yang pada asasnya dimiliki oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS juga.

Bagi menghadapi situasi ini, ahli PAS di gesa meningkatkan komitmen perjuangan bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat memperolehi kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang.

Kata Nuridah, setiap ahli terutamanya muslimat perlu meningkatkan kualiti keimanan bagi persiapan menghadapi perjuangan yang lebih mencabar.

Nuridah berkata setiap ahli tidak boleh hadir ke program parti hanya sekadar memenuhi aktiviti program semata-mata tetapi hendaklah melaksanakannya atas kesedaran dan rasa amanah kepada Allah.

“Hadir program parti bukan sekadar memenuhi kegiatan parti sahaja tetapi sebenarnyakita kena sedar ia amanah atau tanggungjawab kepada Allah. Amanah ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.

“Apa lagi dalam suasana gejala social yang melanda dalam negara sekarang begitu buruk maka perjuangan menegakkan Islam adalah suatu tuntutan yang amat penting. Kita bimbang kemelut sosial dalam negara telah masuk ke dalam rumah kita, kita tidak berjuang menegakkan Islam kita akan dipersoalkan, ” katanya

Dalam usaha memperkukuhkan perjuangan Nuridah mahukan setiap muslimat PAS meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah disamping berusaha meningkatkan juga kuantiti keahlian.

“Kita perlu meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah dan dalam masa yang sama kita menggandakan kuantiti keahlian,” katanya.

Rasmi dari HarakahDaily

3 comments:

kk said...

masalahnya harakahdaily sendiri menjadi punca fitnah kepada pas, dimana lagi penyokong dan ahli pas nak mendapatkan sumber sahih dan tidak berlaku fitnah didalamnya. dulu harakah boleh dikatakan sumber sahih dan sekarang ramai penyokong pas dan ahli pas sendiri meragui laporan terutama harakahdaily yang banyak menyiarkan berita keburukan pas daripada kebaikan yang ada dalam pas. apakah pas menyedari tentang kewujudan fitnah fitnah yang disebarkan oleh harakahdaily

Ali Zaidan said...

Management PAS kena tegas. Wartawan yg tulis berita ala paparazzi patut dibagi surat tunjuk sebab. Check background wartawan, jgn sampai pemecah belah boleh terlepas!

kapt_shiqaqi said...

wa pon heran, camne boleh terlePAS jd wartawan ? sumting wrong somewhere ni, ada ejen yg bawa masukk ni. kena tracking sape godfather niiiii huhuhuh