Sunday, March 7, 2010

Ali Zaidan tak setuju YB Zul dipecat!

Dah separuh basi cerita ni baru aku ada masa nak komen. Ok, tajuk di atas adalah stand aku dalam kes YB Zul. Ok, kenapa?

Secara peribadi aku menganggap YB Zul ialah aset Islam dalam PKR. Dan kewujudan dia dalam parti ini signifikan sebab PKR seperti mana yang kita tahu sejak Perhimpunan Agung depa tahun 2003 di Kemaman dulu sudah di cerobohi oleh golongan liberal. Kisah bagaimana orang2 yang Islamist di sungkurkan dalam pemilihan. Haa.. tau dah pasal apa Saifuddin Nasution tiba2 jadi orang PAS tahun 2004 dulu?

Ahh, nak tau liberal ke tidak PKR ni, hangpa pi bukak Suara Keadilan masa kes Lina Joy murtad dulu. Habih cerita.

Jadi, sikap out-spoken dia ni sekurang2nya meredakan dan menyenangkan hati sebahagian orang islam yang nak sokong PKR. Kira ada la check and balance sikit dalam parti tu. Tindakan memecat YB Zul ni bg aku sebenarnya memberikan signal yang salah kepada pengundi2 Muslim. Mudah cakap, kalau depa lawan area majoriti Melayu, mmg lingkup la nanti.

Cuma masalah dia ni, takdak adab. Takdak adab jemaah. Main langgar je. Stended Khalid Samad la ni. Aku pernah la berbual dengan dia dulu. Selamba badak dia ja pegi bantai pakcik yang kondem dia. Oi Zul, orang tua tu. respek la sikit. Aku tau la hang betoi.

Cuma beza dia dengan Khalid Samad, idea dia betul. Masuk bab perangai, dua-dua ni sebenarnya 'adik-beradik'.

Sekarang dari segi kes, setahu aku dia di tuduh atas kesalahan buat report Polis kpd YB Khalid. Dan, sebab dia buat report Polis ialah kerana statement Khalid ttg satu enakmen agama di Selangor. Jadi tuntutan YB Zul agar panel yang mendengar kes dia mesti beragama Islam munasabah, sebab orang bukan islam bukannya reti bila benda2 yang bersangkut paut dengan hukum hakam atau paling tidak sensitiviti umat Islam itu sendiri. Contoh, mana depa tau apa signifikan, falsafah, maqasid sesetengah kalimah seperti Allah, baitullah, solat etc kepada orang Islam?

Pada pandangan aku, sewajarnya YB Zul hanya patut digantung jawatan dalam parti dan dikehendaki berhenti mengeluarkan komen tentang isu yang dipertikaikan. Sama macam YB Khalid. Sebab aku nampak damage yang dilakukan oleh kedua-duanya ini hampir sama.

Lebih lagi, bagi aku kesalahan YB Khalid sebenarnya lagi besar sebab dia langgar disiplin parti dan membocorkan isi mesyuarat yang sepatutnya menjadi rahsia jemaah. YB Zul ni langgar disiplin dan mungkin merenggangkan hubungan antara MP PAS-PKR (Aku tak sebut hubungan antara parti sebab bagi aku banyak je orang PAS yg sokong YB Zul dalam isu ini). Itupun kesalahannya belum dibuktikan sebab JKD PKR belum dapat statement dan pembelaan dari YB Zul sendiri.

Sepertimana YB Khalid, YB Zul ni takkan merayu punya bagi aku. Percayalah. Dua orang ni adik beradik. Sama je perangai. Dan berdasarkan maklumat yg aku dapat, YB Zul mmg sedang menimbangkan untuk masuk PAS.

So wajarkah PAS terima?

Bagi aku JANGAN TERIMA. Pasal apa?

Sebab aku taknak ada dua orang 'Khalid Samad' dalam jemaah. Sorang pun dah cukup sakit kepala. Apatah lagi nak handle dua orang.

Yang kedua, dengan sikap YB Zul yang bagi aku idealis dan bukan strategis, dia lebih wajar duduk sebagai MP Bebas yang bergerak bersama NGO.

Hangpa semua rasa macammana?

No comments: