Monday, March 22, 2010

Rahman Talib, Percayalah neraka tak best!

Artikel 1

Tak pernah terbayang dalam kepala otak aku yang kiut ini, ada orang yang mengaku konon sayang jemaah islam sanggup pakai maklumat orang fasik untuk belasah jemaah islam. Tapi tu la yang dibuat oleh Tulang Besi @ Rahman talib. Boleh klik sini untuk bacaan.

Aku rasa umum dah tahu bahawa Papagomo ni boleh dikategorikan cybertrooper Umno ( mungkin lagi tepat cybertrooper che det?) yang buat pakatan dengan saiful Bukhari azlan hari tu. Rasanya boleh rujuk dekat blog Milo Suam.

Jadi jelas Papagomo ini ialah musuh kepada jemaah dalam sudut politik. Dan bukan sikit benda mengarut yang papagomo ni duk merepek dalam blog dia. Maka kenapa pulak nak pakai hujah dia secara buta tuli?

Bukankah Allah sebut, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. " (Al Hujurat: 6)

Begitu jelas Allah bagi ingat, kenapa boleh tak nampak?

Tapi ya lah, Allah kata Ya ayyuhal mukminun. Wahai org2 beriman. Kalau rasa diri tu munafik mufasik, maka tak apalah. Tak payah ikutlah.

Tapi tahanlah azab neraka nanti.

Artikel 2

Yang ini pula aku nak rujuk kepada satu lagi artikel dia. Boleh klik sini. Kononnya kegagalan 16 September ialah kerana Presiden dan pimpinan Pas buat bantahan yang tidak berasas. Menurut Rahman lagi:

Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.

Aku tanya dengan jelas kepada Rahman 2 soalan.

1. Adakah meminta pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam demi menjaga Islam itu tidak berasas?

2. Sejak bila Presiden menyebut 'Melayu mesti majoriti'?. Yang disebut Presiden ialah islam mesti majoriti. Dalam satu interview, Presiden menyebut "Melayu Muslim mesti majoriti"

Sampai sekarang tak mampu jawab.

Kenapa dihilangkan atau digantikan perkataan Islam dan Muslim itu? Apakah ada niat jahat dan sikap tidak amanah dalam menulis?

Bukankah dengan mengubah dan memanipulasi kenyataan Presiden itu telah memberi gambaran bahawa Presiden seorang perkauman dan racist?

Betul Melayu mesti Islam dalam Perlembagaan. Tetapi bodoh dan 'tidak cerdik' juga mempunyai makna yang sama. Tetapi mempunyai kesan yang berbeza bila diguna.

Ini membuktikan sikap sebahagian Pas Recond yang telah aku buktikan dalam artikel sebelum ini, iaitu tidak amanah dalam ilmu. Sila klik.

Seronok sangat ke buat?

Percayalah rahman, neraka tu tak best. Tak sedap pun duduk dalam dia.

Artikel 3

Entah ke berapa kali ntah aku duk bertekak dengan Rahman Talib (Tulang Besi) dalam blog dia. Sehinggalah seorang pengomen anti TB menasihatkan agar aku agar tidak meraikan tulisan TB dalam blog dia. Meraikan bermakna menambah popular. Biarlah popular dengan cara yang mazmumah pun.

Aku akui kebenaran tu. Aku masih ingat bagaimana aku pernah attack Aduka Taruna di dalam blog dia. Tetapi aku perasan lepas itu AT semakin popular. Walaupun popular dengan cara yang hina. Satu lagi dalam blog 'Anak Pak Wahab'. Daripada lebih kurang 20 orang follower, selepas 'diraikan' oleh pihak aswj, sekarang dah ada lebih 200 follower.

Siapa blog 'anak Pak wahab' tu, pandai2 la cari. Malas nak bagi tau. Keh keh keh.

20 comments:

Anonymous said...

Salam buat tuan tanah.... minta tuan tanah tolong tanya kepada Rahman Talib (Tulang Besi) kenapa komen saya dalam artikel beliau yang bertajuk, 'September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu?' dipadamkan. Komen saya berada di no.1, tiba-tiba beliau padamkan tetapi beliau ada menjawab komen saya di waktu March 23,2010. 10.10 a.m. Ini sikap penipu,pembohong dan munafik sebenar beliau. Minta tuan tanah panjangkan kepada si Tulang Besi, mungkin kerana dalam komen saya ada menyebut Musafirlalu.

Ali Zaidan said...

Saya dah tak mahu berbahas dalam blog dia. 'Meraikan' artikel dia. Teguran seorang kawan menyedarkan saya.

Kalau saya tanya pun, mungkin dia akan mengelak. Banyak soalan dan hujah saya dia mengelak. Siapa yang tengok perbahasan saya dan TB mesti tahu.

Terbaru dia kata saya terkantoi dalam isu ini. Mungkin dia tak faham (atau saja malas faham?). Saya tanya kenapa dia sebut "Melayu mesti majoriti" sedangkan TGHH tak pernah sebut Melayu mesti majoriti?. Paling tidak mesti 'Melayu Muslim" atau Islam.

Jadi pasal dia payah nak faham, saya pun malas nak layan. Attack ikut blog saya cukup lah.

Anonymous said...

Saya tak faham maksud 'anak Pak Wahab'. Bole jelaskan x?

-Kamarudin

Tulang Besi said...

Bila Ali Zaidan nak jawab artikel Tulang Besi bertajuk: Tulang Besi Menjawab Ali Zaidan

Ali Zaidan said...

@ Kamarudin. Wahabi.

@ Rahman talib,

Artikel ni ialah jawapan. Yang mana kamu tak faham?

Kenapa kamu sebut "Melayu mesti majoriti" sedangkan TGHH tak pernah sebut Melayu mesti majoriti?. Paling tidak mesti 'Melayu Muslim" atau Islam. Kenapa diubah? (sengaja/tidak?)

Temubual TGHH tak ada sebut mesti Melayu majoriti. Dia sebut Melayu Muslim. bagaimana benda mudah ini kamu tak faham? Ada dalil dan sebabnya.

Dan Raja Petra dah dedahkan kamu berbohong. 16 sept tak gagal sebab Pas, dia gagal sebab masalah Mahathir-'Bakal PM'.

Kemudian, aku nak tanya, kamu beriman dengan al Hujurat ayat 6?

Tulang Besi said...

Ali Zaidan sebut:


Kenapa kamu sebut "Melayu mesti majoriti" sedangkan TGHH tak pernah sebut Melayu mesti majoriti?. Paling tidak mesti 'Melayu Muslim" atau Islam. Kenapa diubah? (sengaja/tidak?)


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Marilah kita lihat kebodohan Ali Zaidan sehingga ke tahap baca melayu pun dah tak reti.

Dalam temuramah dengan ummahonline di bawah, Presiden tanpa ragu dan segan berkata:

Muslim Sahaja Tidak Cukup

Ataupun kalau Ali Zaidan masih tidak dapat faham disebabkan IQ beliau yang rendah, mari kita baca salah satu soal jawab:

Q: Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

TGHH: Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.
.

ERTINYA, syarat utama ADALAH MELAYU, bukan MUSLIM.

Kalau syarat utamanya adalah MUSLIM, September 16 SUDAH BERJAYA.

Ali Zaidan adalah manusia yang hidup alam fantasi.

Tidak berpijak di bumi nyata.

Hidup dalam "denial".

UG yang beliau sokong rupanya berbohong.

Khabar berita berkaitan September 16 yang selama ini dia terima rupanya bohong.

Si luncai terjun dengan labu-labunya, BIARKAN BIARKAN.

Ali Zaidan said...

Nauzubillah, itulah kelemahan sebenar puak pas recond. terbukti. Iaitu tidak amanah dalam ilmu. ambil ucapan sekerat2.

Syarat utama ialah melayu tu hanya tafsiran kamu yg lemah otak. Syarat utama dlm kepimpinan ialah islam, kemudian baru melayu. Kamu ni faham tak?

Yang kamu sebut dalam artikel kamu, ialah kamu tuduh pemimpin Pas bagi alasan:

Melayu mesti majoriti

Sedangkan TGHH sebut dlm temubual yg kamu sendiri quote:

Melayu Muslim mesti majoriti.

Sekarang soalan aku, sila jawab soalan aku dan jangan jadi lemah otak,

Kenapa kamu buang perkataan Muslim dan hanya sebut melayu sahaja?

Melayu dan Melayu Muslim ialah 2 entiti yg berbeza.

Aku ulang lagi dua soalan, sila jawab dengan padat:

Raja Petra dah dedahkan kamu berbohong. 16 sept tak gagal sebab Pas, dia gagal sebab masalah Mahathir-'Bakal PM'. Apa penjelasan kamu?

kamu beriman dengan al Hujurat ayat 6? Kalau beriman kenapa pakai khabar orang fasik tanpa selidik

Tulang Besi said...

Ali Zaidan,

MUSLIM SAHAJA TIDAK CUKUP

Kao reti baca ke tidak?


Jelas, faktor utama adalah Melayu bukan Muslim.

Adapun perkataan "MELAYU MUSLIM" yang kao banggakan tu TELAH DIBATALKAN dengan kenyataan Presiden:

"Muslim Sahaja Tidak Cukup".

Kao ni IQ rendah dari kucing la.

Budak tadika lagi faham benda ni dari kao

Faqir said...

Hmm.Tb dh tunjuk sikap sebenar tarbiyah puak anai-anai. Bile xleh jwb,terus hina org.

Kalau Presiden kata Muslim saja tak cukup, apakh brmakna Muslim xperlu, ygpenting melayu?

Kalu gitu, salahla tok guru saya dulu. Tok guru sy kata, percaya kpd Allah sj xcukup. Kena percaya kpd malaikat, rasul, kitab, hari kiamat, qada' dan qadar jugak. Sebab itu semua rukun iman.

Kalau Tb jd anak murid tok guru sy, bila dia dgr tok guru ckp begitu, dia akan kata Tok Guru cakap percaya kepada Allah xpenting. Yg penting prcaya kpd 5 yg lain.

Maaf la, ni pndapat sy saja.

Anonymous said...

Bayi 1 tahun kena minum susu. Tp susu sj tak cukup. Kena makan nestum jgk.

So, adakah brmakna minum susu bukan faktor utama tumbesaran bayi? Bodoh bebenor la bapak kalu cakap gitu. cacat anak tu nanti.

Aku rasa TB ni pening. Jahat sangka sgt dgn Tgha. Tu yg jd lagu tu

Anonymous said...

Alamak, faqir dh bagi hujah sama. sori2. Hehehehe

Ali Zaidan said...

Terima kasih Faqir dan anon.

Saya pun ada cakap, kalau orang mintak kopi di kedai. Dia kata "Kopi saja tak cukup, tambah gula sekali"

Takkanlah itu bermakna dia hanya nak air gula tanpa serbuk kopi? maaf, bagi saya bodoh benar orang sebegini.

Macam tu juga yang TGHH sebut.+- Muslim saja tak cukup, kena Melayu juga. Maknanya 'Melayu' itu hanya 'penyedap', mengambil kira uruf dan strategi politik semasa. Muslim itu yg utama. Saya fikir, kalau kerajaan PR bermajoriti non muslim non malay, penduduk melayu akan rasa kurang selesa dan masa tu provokatif mudah timbul.

Tapi, Rahman Talib ada fikir sejauh tu?!

Dan pandangan TGHH itu bersandar kpd pandangan Ibn Khaldun, maka yang mana salahnya?

Saya masih tunggu dia jawab soalan saya yg lain. Tentang apa yg tidak berasas meminta melayu muslim menjadi majoriti dalam kerajaan, tuduhan palsunya terhadap pemimpin pas yg difitnah menggagalkan 16 september, dan tindakannya mengambil khabar orang fasik sebagai hujah.

Tak jawab semua, jawab satu cukuplahh!!

FFF said...

kesimpulannya senang je...TB mmg bangang tahap cipan.

sorry to say la kawan...

Goli said...

Mane Tulangbesi? Dh xleh jawab dh ke? Toksah merepek la. Tafsir ayat tok guru pun merapu-rapu.

ryzam said...

macam nie ke etika pengikut PAS?.. aku pun pening yang maner satu betul yang maner tidak...

kenkadang ada ilmu agama lagi teruk dari yang tak de ilmu..

Anonymous said...

Nak spray anai-anai mmg kena tegas sikit. Sblm ni byk kali dh berlembut.

Anonymous said...

Salam saudara Ali Zaidan,

Buat ape anda nak melayan blog Tulang Besi tu? saya tengok makin awk layan, makin menjadi berbelit fakta dan hujah dia bagi utk melepaskan diri.

Tulang Besi tu cita-cita nak menjadi Pesuruhjaya PAS selangor, macam-macam benda tk betul kt mata org macam ni, selagi tk tercapai hajat dia selagi tu la dia sebar fitnah dlm blog dia.

Orang macam Tulang Besi ni kalo lahir kat palestin dh lama mati syahid kot.. pergi jahanam la sama Tulang Besi.

Ali Zaidan said...

Memang matlamat saya nak bagi dia 'berbelit fakta'.

Makanya orang akan menilai sama ada dia ada nilai atau tidak.

Tulang Besi said...

Ali Zaidan kata;
TGHH sebut.+- Muslim saja tak cukup, kena Melayu juga. Maknanya 'Melayu' itu hanya 'penyedap', mengambil kira uruf dan strategi politik semasa. Muslim itu yg utama. Saya fikir, kalau kerajaan PR bermajoriti non muslim non malay, penduduk melayu akan rasa kurang selesa dan masa tu provokatif mudah timbul..

Kahkahkah ni contoh org tak baca interview TGHH di Ummahonline. Terus buat “andaian” sendiri dgn membelakangkan fakta.

Memang la kao ni kaki putar belit, Ali zaidan

Ali Zaidan said...

Tunjukkanlah apa yg bersalahan.

Kamu yg bodoh dan buat andaian sendiri. Kamu yg bodoh bila kata Melayu mesti majoriti. Melayu syarat utama.

Sedangkan 'Melayu' itu tambahan kepada syarat Muslim.

Bagi analogi kopi, rukun iman pun tak faham bahasa lagi?

Bodoh sungguh kau ni.