Thursday, April 1, 2010

Cerita Fitnah dari Pas Recond

Semalam aku ada berjanji untuk dedahkan satu lagi 'kecurangan' Rahman Talib (anggota besar Pas Recond) terhadap jemaah yang kita semua sayang. Pagi ini aku tunaikan janji itu. Aku dah tunggu dalam 3 minggu untuk ketibaan hari ini.

Semuanya bermula dengan artikel Rahman Talib berjudul: Nama Husam Tiada Dalam Rombakan Exco Kelantan Yang Baru

Dalam artikel tersebut dikatakan:

Khabarnya, MB Kelantan yang ada sekarang akan dipaksa untuk meletak jawatan serta bersara dan MB baru akan ditabal di Kelantan. Calon MB baru adalah Dato Ahmad Yaakob, TMB yang ada sekarang.

Khabarnya, MB yang bakal angkat sumpah ini akan memberikan senarai exco yang baru dan dalam senarai ini nama Husam Musa tiada. Sahabat saya memberitahu mereka merancang untuk menjalankan tindakan ini dalam bulan Mac 2010.

Mengikut sahabat saya ini, perlantikan TMB sekarang menjadi MB baru serta pembuangan nama Husam Musa dari menjadi exco Kelantan telah mendapat restu dari Presiden PAS sendiri.


Tidak cukup dengan satu artikel bodoh, isu ini diulang pula dalam artikel yang lain. Contohnya di sini.

Bagi menyungguhkan lagi khabar anginnya, Rahman Talib kemudian mengatakan:

Saya tak paksa para pembaca mempercayai khabar ini, namun sahabat saya ini tidak pernah salah atau berbohong kepada saya.

Chait, tak paksa orang percaya, tapi menyuruh orang lain percaya secara tidak langsung dengan meyakinkan bahawa sumber dia tak pernah bohong pada dia. Aku tak sebodoh tu lah!

Tamat bulan Mac, siapa bohong sekarang?

Ini membuktikan sumber Rahman Talib langsung tidak ada kredibiliti. Usahkan rombakan, hawa untuk pertukaran exco pun takdak!!. Malahan TGNA dikembalikan semula ke kerusi paling senior dalam PAS; Mursyidul Am. Cuba bagitahu, celah mana petanda gulingnya?

Ntah2, hanya imaginasi dan andaian berdasarkan sikap negeri-negeri lain yang merombak exco setahun sekali! Kuat berfantasi betul puak-puak ni.

Ingat budak-budak je minat fairy tale!

Puak Pas Recond toksah nak cakaplah rombakan tu tak jadi sebab Presiden takut dengan pendedahan TB. Gila loser alasan macam tu. Senang la sebar fitnah lepas ni. Bila tak berlaku, bagi alasan pendedahan kita yg menyebabkan ia tak berlaku.

Kenapa aku marah sangat dengan khabar angin macam ni?

Puncanya, kau melibatkan nama Presiden, nama Dato Ahmad Yaakob. Menuduh mereka semua terlibat dalam konspirasi besar menggulingkan Husam dan TGNA. Bukan setakat konspirasi untuk MB, malahan untuk Mursyidul Am juga. Dan dua-dua terbukti berita sampah.

Sama juga apabila aku marah kau bawa tuduhan aku Meor PA Us Nasha. Bukan aku marah kau tuduh aku Meor. Aku tak pernah marah pun orang tuduh aku SP selama ni (La ni dah kurang sikit. Agaknya puak ni dah sedar cara aku dan SP menulis lain!!). Jadi buat apa aku marah?

Aku marah bila kau bawa tuduhan bahawa aku (Meor) jadi makin bodoh bila jadi PA Us Nasha. Secara tak langsung, tuduhan itu bagitahu bahawa Us Nasha ialah punca orang yang rapat dengan dia jadi bodoh.

Ini satu usaha yang cukup keji menjatuhkan kepimpinan atasan dengan fitnah gelandangan.

Kalau kau boleh ambil sumber anonymous yang kita tak tahu siapa dan dari mana untuk 'bunuh' karakter aku dan kemudian indirectly merobek maruah Us Nasha, apakah level maklumat yang dibawa kau yang boleh bunuh peribadi Tuan Guru Presiden? Dah tentu lebih kurang sesampah anonymous yang bawa fitnah itu juga!!

Itu belum kira masa kau pakai sumber orang fasik Papagomo untuk hentam ahli jemaah sendiri! Sumber blog: Orang fasik, Anonymous.

Gila!

Terbukti sikap Pas Recond yang pernah aku sebut sebelum ini. Tak amanah dengan ilmu (Tak selidik dahulu sedalamnya sebelum sebarkan) dan percaya buta tuli kepada sumber sekunder bukan primer.

Nak percaya lagi orang macam ni? Kalau zaman Nabi dulu, Al Walid bin Ukbah sebar berita palsu pakai geng-geng dia, sampai dia digelar Fasik. Ulama dah definasikan fasik pada al walid ini sebagai Kazzaab (pembohong) dan orang yg tak segan buat dosa.

Rahman Talib pulak sebar berita palsu (khabar angin) pakai kuncu (blog Perisik Rakyat - Jaga-jaga Poji. Ingat kau takdak saham?!). Kemudian tak segan pulak mengulang-ulang berita palsu itu dalam artikel lain.

Jangan sampai kau jadi Al Walid moden Rahman!!

Ingat, kau ada lagi 2 hari untuk sambut cabaran aku, atau pohon maaf dan tarik balik segala tuduhan yang kau bawa.

Kalau tak, kau officially 'takdak telur'!

14 comments:

akuhensem said...

sudah jelas dan terang lagikan bersuluh! Abdul Rahman seorang MUNAFIK!

aku sokong blogger2 yg menyelongkar keMUNAFIKan blogger2 celaka!

Anonymous said...

Be a man and take the responsibility.

My lil advice for Tulang Besi

Anonymous said...

AZ, TB bukan xde telog, tp ada
3buah telog, extra sebijik. tu pasey lebih kpd horman kewanitaan huhuhu
- kaptshiqaqi

giler-giler said...

Fasik betul, jahat betul, pembohong betul ! Dah sah straight fasik, jahat, pembohong .... tak belok2 dah, memang betul ...

Dawai Kokot said...

Rahman Talib Al-Kazzab...hehe sesuai-sesuai terima kasih

mohd shahran said...

KAMI AMAT BENCI SESIAPA SAHAJA TAK KIRA PEMIMPIN KE ATAU ULAMAK KE ATAU AHLI BIASA YANG MENYOKONG UG. . MEREKA SEMUA HARAM JADAH. ALASAN MUDAH NABI PESAN UMAT ISLAM TAK BOLEH MASUK LUBANG YANG SAMA DUA KALI. . ADA FAHAM KALAU MASUK JUGA JANGAN JADI ORANG ISLAM . . KITA DAH PENAH MASUK LUBANG SEKALI MASA ZAMAN DATUK ASRI. . MAHU MASUK LAGI KER?????

Anonymous said...

woi matsahran, Lu tau ke ug tu mende? hahaha

Pak Mat said...

Cuba cerita sikit pasal kisah SAidatina Aisyah dlm peristiwa ifiq tu , ada tak org seperti Tulang Besi dlm cerita tu.

Ahmad said...

Pada pandangan saya, yang Tak ada telor tu bukan Rahman Talib tapi semua blogger yang tak berani bagi nama sebenar atau diketahui nama sebenar mereka. Mereka takut untuk berhadapan dan mereka mereka inilah yang paling hipokrit, munfik, tidak berani bertanggungjawab, pengecut dan paling buruk mereka penuh dengan tipu muslihat, tidak berkata benar dan berani melakukan kemungkaran bukan sahaja sesama manusia tetapi terhadap diri mereka sendiri menghadap allah kerana mereka sedar orang ramai tak tahu siapa diri mereka. Saya harap Ali Zaidan juga menyokong saya melainkan kalau Ali Zaidan juga nama samaran.

ibn harun said...

harap semak balik kesilapan sebahagian mufassir menyatakan org fasiq itu ialah al-walid bin uqbah.. Qadhi Ibn al-Arabi dalam karangannya al-awasim min al-qawasim telah menjelaskan kebatilan yang disandarkan kepada al-Walid bin Uqbah ini, dan menjelaskan kelemahan sanad riwayat berkenaan.. cerita fasiq itu datangnya dari orang lain bukan dari sahabat nabi bernama al-walid bin uqbah.. sila betulkan fakta ini.. wallahu a'lam!!!

moga Allah pelihara iman dan aqidah kita, bukan emosi keutamaannya..

Ali Zaidan said...

Tn Mohd Shamsuddin. Tkasih.

Saya sedang kaji kembali. Setakat yg saya jumpa, ada riwayat menceritakan Al Walid sebenarnya tersalah faham, bukannya sengaja memberitahu berita palsu itu.

Harap, semua dpt ambil pelajaran dr Tn Shamsuddin.

Ahmad, nak tahu siapa saya, suruh TB bersumpah laknat dulu. Dia bawa berita saya Meor PA Nasha. Lepas dia sumpah, saya akan bagitahu betul atau tidak saya ni Meor, atau Ali Zaidan atau Haji Azhari Songkok Putih atau Us Nasharuddin atau ada nama lain. Jgn bimbang. Dunia internet xperlu fikir identiti. 'Ahmad' tu pun belum tntu nama betul. Kalau saya sebut nama saya Ahmad Fuad bin Hussin pun, awak berhak percaya atau tidak. Xkan nak letak IC.

batunisan said...

mat shahran..

pas masuk pilihanraya tak pernah pun dapat meemrintah malaysia...dah berkali2..kalah jugak..
tapi nabi kata jangan masuk lubang dua kali.. so kita ni dah jadi bukan islam ker?
poyo betul..

Tulang Besi said...

Mari kita lihat sikap pembelit penyokong ulama bernama Ali Zaidan ini.

Saya nak tanya:

"Ada tak Tok Guru Nik Aziz nafi khabar ini?"

Tok guru dah nafi banyak benda, tapi khabar ni dia tak nafi, betul tak?

Ehh engko paham tak bila aku tulis:

Namun, mengikut sahabat saya ini juga, perancangan mereka ini setakat ini gagal dengan kembalinya Tuanku Sultan Kelantan menduduki takhta Kelantan semula..

Ke kao tak paham bahasa Melayu? kao nak aku cakap bahasa apa?

Ali Zaidan said...

Kalau dia tak nafi maka betullah? Jadi kenapa kau melenting bila aku percaya Harussani cakap TGNA setuju kerajaan campuran Perak? TGNA pun xpernah nafi?

Kau kenapa? Double stended?.

Dah kalau dah gagal, kalau tak terbukti, apa jadah kau pergi sebar ikut blog?

Kau sikit tak bawa bukti, itu tanggung jawab ke?

Ingat hadis "Kamu membelah dadanya"?