Thursday, April 8, 2010

Mengenang Jiwa-Jiwa yang Melompat (Bhg 2)

Ketika aku mula-mula menulis artikel Mengenang Jiwa-Jiwa yang Melompat, aku sudah merasakan akan adanya sambungan kerana akan adanya bantahan. Cuma aku tersilap kerana aku menjangkakan bantahan akan datang dari dalam blog, rupanya banyak 'dari luar'. Jika ikutkan, bukanlah bantahan, sekadar lanjutan cerita mohon pencerahan.

Blog ini penyokong kuat kepimpinan dua tok guru. Kalau tiba-tiba dilihat penyokong 'lompat', maka yang buruk nanti kepimpinan tok guru juga. Maka artikel itu perlu sambungan.

Artikel TG Nik Aziz ialah Bahlol Malaysia juga ada sambungan. Ia bukan semata-mata nak cerita kisah Wali. Aku ada matlamat lain. Aduka Taruna kata dia nak jawab hujah itu. Tapi sampai sekarang tak jawab lagi. Macam nak langgar TGHH juga. Sampai sekarang tak langgar lagi. Polis yang langgar dia dulu!


Artikel itu sebenarnya bukanlah bertujuan membela Ezam, atau mana-mana MP lompat. Ada banyak cerita dan persoalan tentang Ezam yang boleh aku sebutkan di sini. Bagaimana pertelingkahannya dengan Lokman Noor Adam (EXCO AMK) sehingga Lokman keluar dari PKR dan masuk UMNO.

Kini Lokman ialah Exco Pemuda UMNO. Dalam setahun lalu aku pernah bertekak dengan Lokman apabila dia membela ISA (Lokman pernah masuk ISA). Katanya ISA adil kerana ada 'majistret' yang mendengar kes. Macam aku tak tahu 'majistret' itu tak ada kuasa menukar hukuman. Cuma ada kuasa mencadangkan hukuman. Kencing anai-anai bolehla...

Ironi, Ezam ikut Lokman dan masuk UMNo juga.

Anehnya seorang bekas EXCO AMK dilantik EXCO Pemuda UMNo tetapi seorang bekas Ketua AMK dilayan tak lebih dari sampah dalam UMNo. Kenapa?

Aku tinggalkan soalan ini untuk difikir. Kalau dapat dapatlah. Kalau tak dapat, anggap saja bedtime story. Tamat.

Matlamat artikel itu sebenarnya ialah meminta kita semua memahami bahawa dunia politik ini penuh dengan strategi. Dan strategi itu bukanlah seperti akidah; mutlak dan tidak berubah. Kadang-kadang satu strategi yang salah dilihat benar dan begitu sebaliknya.

Dasar kepada artikel itu ialah satu hadis di mana dalam satu ekspedisi, seorang sahabat (Usamah bin Zaid) telah hampir membunuh musuh. Menyedari dia akan mati, musuh yang kafir itu mengucap dua kalimah syahadah. Sahabat itu tetap membunuh kerana beranggapan kafir itu mengucap kerana takut mati. Sampai berita kepada Rasulullah, maka marahlah baginda dan bertanya "Sudah engkau membelah dadanya?" berulang kali.

Jadi apa yang wajar dilakukan Usamah? Melepaskan lelaki itu? Tentu tidak. Boleh jadi agakan Usamah bahawa musuh itu mengucap hanya kerana takut mati ialah benar. Yang patut dibuat ketika itu ialah menangkap dan membawa sendiri ke hadapan Rasulullah. Biar Nabi menentukan.

Mengambil pengajaran dari kisah tersebut dalam mendepani golongan lompat, maka yang patut dibuat bukanlah dengan gelar menggelar atau buat solat hajat mohon laknat (maaf!). Berlaku adillah dan berhujah sekiranya ada hujah dari mereka ke atas kita. Ketelanjuran sahabat dalam menghukum sepatutnya ditauladani bukan diikuti.

Kenapa aku menulis begini?

Apabila kita terlalu cepat menghukum, maka kita sebenarnya menghukum atas personaliti dan bukan perbuatan. Maka politik yang kita junjung pada ketika itu semata-mata politik kebencian. Politik zaman tok danok.

Itu yang menyebabkan apabila ada MP PAS yang duduk minum air dengan menteri kanan UMNO, maka terus ada yang berani bodoh menerjah. Semuanya berakar daripada kebencian berasaskan sentimen dan bukan kebencian kerana ilmu.

Itu semua darah muda. Nak berpolitik tapi tak pandai. Tanya Zainulfaqar betul2 kenapa dia gagal bertanding di Parlimen Kepala Batas. Dia bagi alasan FRU. Kalau PAS pakai alasan larangan FRU, TGNA dan TGHH dah lama hilang kerusi tak boleh bertanding. Jangan percaya bulat-bulat penjelasan dia dalam blog. Penjelasannya betul tapi tak lengkap. Ada cerita lain.

Aku tak boleh cerita di sini, sebab itu post mortem parti. Takkan nak jadi the next Kickdefella.

Politik kebencian bukan cara PAS berpolitik. Itu bukan cara warisan TG Yusuf Rawa dan Us Fadhil kepada kita.

Akan ada bahagian 3. Ia juga akan menyentuh tentang satu artikel Batu api tentang pertemuan 4 mata antara Us Fadhil dan Dr Mahathir. Aku tak pasti sama ada Batu api sengaja atau tidak tapi ada 'tali yang terputus dalam artikel itu'. Aku akan sambung tali itu.

Jangan bimbang, ia bukan rahsia parti. Sebab yang memberi tali itu kepada aku ialah orang kanan Anwar sendiri. Kini masih aktif dalam PKR.

Orang muda-muda banyak tak tahu cerita ini..

Tunggu..

4 comments:

Anonymous said...

Makin menarik!

kapt_shiqaqi said...

jalan cerita jgn lompat byk sangat, plot biar fokus. ending jgn anti climax kata org climax control huhuhu

Anonymous said...

Tiba2 UG tu idea Us Fadzil.Hahahahaha

Faqir said...

Jgn pnjang sgt sampai jd telenovela Mexico plak syeikh....Yg pnting pndedahan tu brmanfaat.....