Bilamana dia menulis tentang wala' dan thiqah dalam entri terbarunya, aku tersengih panjang. Manakan tidak, dia sebenarnya macam tak berapa nak faham kenapa timbulnya isu wala' dan thiqah ini. Untuk berlaku adil, hampa semua baca la artikel dia dulu. Sebab aku nak terangkan by points ni.
1. PAS tidak pernah menutup sebarang pintu untuk pertanyaan dan perbahasan. Hanya ada 2 golongan yang ingat PAS begitu. Golongan bodoh dan golongan anai-anai yang bodoh.
Bila kita renung dalam kisah Perang Hunain, memang benar terdapat para sahabat yang mempertikaikan perintah Rasulullah dalam pembahagian harta perang. Namun setelah penjelasan Rasulullah sendiri, para sahabat menerima dengan hati terbuka; sebahagiannya cukup kesal dengan tindakan mereka.
Aku nak tanya, apabila TGHH berkali-kali menjelaskan bahawa UG bukan penggabungan antara PAS UMNO sebaliknya kerjasama politik semua parti, mengapa ada pengikut yang tetap bodoh mendodoikan lagu PAS bergabung dengan UMNO?
Inilah punca kenapa ada pimpinan menimbulkan soal thiqah dan wala'. Kenapa penjelasan pemimpin ditolak mentah-mentah dan terus bermain dengan persepsi yang celaka?
Nak terang macammana lagi? Nak cerita macamana lagi? Takkan nak suruh TGHH sembelih tengkuk Najib baru nak percaya PAS tak ingin bergabung dengan UMNO? Takkan nak suruh Us Nasha ikat Muhyiddin dekat pokok rambutan, simbah dengan kerengga dulu baru nak percaya PAS tak mahu bergabung dengan UMNO?
2. Aku nak tanya YB, ketika para sahabat terkeliru dengan tindakan Rasulullah, apakah mereka pergi kepada musuh, pergi kepada Yahudi, pergi kepada qabilah Hawazin dan Tsaqif atau pergi kepada kumpulan Malik bin Auf dan menceritakan bahawa Rasulullah telah tersilap dan kami benar?!
Tidak.
Bandingkan dengan sikap kamu yang apabila terkeliru dengan tindakan Us Nasha hadir ke pelancaran buku Natrah, kamu terus merepek minta Us Nasha perjelaskan dalam Malaysiakini.
Macam tak ada telefon!
Samakah wala' para sahabat dan wala dan thiqah kamu kepada kepimpinan?
Tengok, apa yang kamu tulis dan apa yang kamu buat sendiri tak compute.
3. Aku nak tanya YB, apakah pada masa Rasulullah membahagikan harta, ada sahabat yang terus terjah dan kata "Saya tentera Muslim, Saya benci pemimpin yang tidak adil, saya benci pemimpin yang menafikan hak saya untuk ghanimah"?
Mana ada!
Tapi apa yang dibuat oleh wartwan Harakah yang 'baik' sangat dengan kamu hari itu dengan Us Nasha?
Isu ini bukan takat wala' dan thiqah dah. Ia dah masuk ke tahap adab dan kaedah berjemaah.
4. Apa pointnya kamu sengaja menimbulkan isu thiqah dan wala' ini? Macam seolah-olah nak membenarkan tindakan mengkritik pimpinan secara terbuka. Apa faedahnya? Pergilah merayu. Orang dah bagi ruang tu!
Pemimpin PAS ada cacatnya. Tapi pengikut juga bukan sesempurna manusia.
Jangan mengharapkan pemimpin sebaik Muhammad, kalau pengikut tak mampu mengikut adab para Sahabat!
Boleh Khalid?
16 comments:
Haha.. selamba bhai lu attack khalid..Good job.... Kita bkn xbagi prsoal, tp tgk keadaan maa...Xkan main terjah org tgh sibuk brbincang...
subhanaALlah...time kasih ali, jwpn by point yg bg aku sgt baik. lega bile ade org yg dpt jwb artikel si khalid ni.
aku dr dulu brdoa semoga ALlah mnzahirkn insan2 yg dpt mnjwb persoalan2 'celaka' puak2 spt khalid samad ni, yg mmg aku mngaku, aku tak mmpu nak mmbalas scr tuntas persoalan yg ditimbul. skrg AlhamduliLlah...ALlah dah zahirkan.
semoga ALlah mmberi kekuatan kpd ko ali & rakan2 yang lain.
FFF, samalah dgn aku....percayalah Allah pasti mengurniakan ilham kpd hamba2Nya untuk membela agamaNya dan perjuangan jemaah yg benar.
syabas alizaidan dll....anda dikurniakan Allah dgn kekuatan hujah menangkis golongan2 pemusnah kesatuan jemaah (atau mungkin lebih berat kalau aku panggil mereka MUNAFIK?)
tu ler...watpe nk heboh2 kecoh2 tulis dlm blog...pi jumpe la ust nasa ka tghh ka datuk hassan ka...nasehat elok2 bncang elok2...kan tu seme adab ade dlm usrah?!kalu mls atau takut brdepan tepon je depa bgtau...bkn payah punnn...ape motif?? khalid hangpa seme dah glemer dahh
~AZ moga Allah memberkati tuan...amin
aku berdoa pd ALLah, semoga ALLah bg ujian pd si khalid ni...
agar suatu hr nnt, satu keputusan nye tak diikut (wala') oleh ahli bawahan...w/pun keputusannya itu dibuat setelah die ber syura 3 hari 3 malam, dgn sifat penuh keikhlasn & t/jawab.
w/pun die dh perjelaskn intipati keputusannya adalh baik, tp ahli ttp hilang kprcayaan (thiqqah) pdnye, bahkan menempelaknya sbg penipu.
aku brharap ALlah makbulkan, tak kira lambat atau cepat. masa tu br die tau ape itu nilai thiqqah & wala' dlm sebuah Harakah Islamiyyah.
Sebenarya Khalid Samad dengar ceriat dari abang dia Shahril Samad kononnya TGHH, Ustaz Nasa dan Cikgu PA nak bawa PAS masuk UMNO.
Khalid pula pergi cakap pada Hussam. Hussam cakap pada Anual bakri. Anual Bakri cakap pada TGNA. TGNA tanya Hussam. Hussam kata betul sebab Khalid Samad dapat maklumat dari Shahril Samad, dan Shahril SAmad tu duduk dalam MT UMNO, mesti Shahrir Samada tahu.
Begitulah ceritanya yang sebenar. Sebab tu lah Khalid berkeras dalam hal ini.
Dan TGNA yakin pada Hussam sbb Hussam dapat maklumat yg boleh dipercayai dari Khalid.
Ali Zaidan and the geng are cybertroopers meant to defend whoever is at stake in the sickening PAS leadership. For once we at the grassroots are voters to the kepimpinan will boot them out. Do not underestimate our capacity!! Carilah makan cara lain. Akhi Khalid has gone through the turbulence and has been tested and we followers are not blind of game plan by UG to find glory for the sake of their self interest. If you know not the so called Kerajaan Perpaduan or Kerajaan Campuran, do not shoot you mouth out. We normally do not want to write and stoop low as you all are but in the interest of jemaah, you all the class of goones need to be told that your smooth tougue is a disgrace to a Muslim dai!!! May Allah Guide Us All. Dare you to display our comment!
Maaf tak ahbislah komen saya tadi ttg Shahril Samad bagi maklumat pada adik dia Khalid Samad.
Rupa2nya Khalid Samada husnulzhan dengan abang dia, tapi dia tak tahu dia kena tipu oleh abangnya sendiri untuk prorak pperandakan PAS dari dalam.
Shahrir tak rugi apa2. Bila khalid samad bising2 pasal UG, akhirnya ramai orang marah pd dia, lantas Shahril Samad ajak Khalid masuk UMNO.
Jadi Khalid lebih percaya abg dia dpd Tok Guru Haji Hadi dalam perjuangan.
Itulah nilai Khalid Samad yang dah duduk lama dalam PAS dan dah lalui pelbagai tribulasi perjuangan. Orang mcm Khalid bukan seorang dalam sejarah gerakan Islam, Nakahaie pernah tergolek keluar, Ust Latif dari Besut pun pernah masuk ISA, kena tangkap, kena boikot akhirnya keluar PAS dan bersama UMNO.
bukankah isu ini terjadi gara-gara Anwar telah memberi tawaran kepada Husam sebagai Timbalan Perdana menteri jika PR berkuasa. Anwar tidak mahukan pimpinan seperti TG Hadi awang dan Uts Nasararudin... Husam melalui beberapa orang kepercayaannya melancarkan gerak kerja untuk memalukan pimpinan sedia ada. Dan hujah khalid samad mendapat info dari Sharir samad lansung tidak boleh diterima pakai kerana sewaktu itu Anwar dan Husam sedang berada di dubai sedang melancarkan stategi..disini dapat lihat siapa yang tidak wala kepada parti.
Anok mache..
Anonymous said...
"Ali Zaidan and the geng are cybertroopers meant to defend whoever is at stake in the sickening PAS leadership. For once we at the grassroots are voters to the kepimpinan will boot them out. Do not underestimate our capacity!!"
Your capacity? What capacity? Capacity to topple the current ledership in PAS? Good luck. No harm trying brother. But remember, you plan, Allah also plans; still, Allah's plan is the best.
"Carilah makan cara lain."
What do you mean? Are you implying we are maing money out of this? Look who's talking. Your statement reflects your money-minded brain!
"Akhi Khalid has gone through the turbulence and has been tested and we followers are not blind of game plan by UG to find glory for the sake of their self interest."
So was Anwar Ibrahim. So was Nakahie. So was Bal'am bin Bahura. So was Ustaz Latif Mohamad from Besut. Of course, so was Asri. They're all gone! So do you think Khalid is permanently perfect? and will stay in PAS forever? Can you guarantee it? You can't. I can't. But we can always ask Allah to keep our faith in this struggle and die in the cause of Allah.
"If you know not the so called Kerajaan Perpaduan or Kerajaan Campuran, do not shoot you mouth out."
You claimed you know. Fine. We respect you. We also know the facts you don't know. So please respect other people's views too. Don't be boastful that you know everything.
"We normally do not want to write and stoop low as you all are but in the interest of jemaah, you all the class of goones need to be told that your smooth tougue is a disgrace to a Muslim dai!!! "
Look who's talking? Your statement reflects you are a moron in jamaah. You don't normally stoop low, but now you are. You claimed you are a da'ie but remember Hassan Hudaibhi said a da'ie' is supposed to convey messages or dakwah or to punish people or find faults of others. Are you da'ie?
BTW, do you know who is Hassan Hudaibhi? I can't underestimate you. I know you can ask Khalid Samad for the answer.
"May Allah Guide Us All. Dare you to display our comment!'
May Allah guide us all and forgive our shortcomings.
Have you read tulangbesi.wordpress.com? Find other the other side of the coin. Don't be s.s.
Memang Anwar ada offer Hussam jawatan TPM kalau 16 sept berjaya. tetapi bagi hussam utk membawa cerita TGHH, Ustaz Nasa, dan Cikgu Pa nak bawa PAs masuk UMNO ini bukan ciptaan Hussam, tapi ciptaan Shahril yang diberikan pada Khalid.
Tanyalah khalid, kalau tak percaya. Dan tanyalah Hussam kalau Hussam jujur.
Kemudian Dr Dzul bertemu dgn Prof Aziz Bari memberi mkalumat yang sama pada pada prof aziz bari, lalu prof aziz letupkan dalam media. bila prof aziz bari dijemput melewar utk bentang kertas kerja, dan ditanya oleh ahli PAS dan pemberita, dari mana sumber Prof Aziz dapat yang kata PAS nak masuk UMNO? Beliau kata, saya tak mahu sebutkan dan saya tak mahu cakap lagi pasal UG tapi saya nak cakap pasal isu dalam MCA.
Kenapa Prof AZiz Bari tak mahu beritahu sumbernya yang menyebabkan ia melempar tuduhan kononnya pimpinan PAS nak bawa PAS masuk UMNO?
Selepas Prof Aziz Bari letupkan isu itu dalam media, Hussam pick up kertas itu dan sampaikan pada TGNA. TGNA meluap marah.
Nah, hari ni, apa sudah jadi? apa jadi dengan tuduhan2 tu? Semasa isu tuduh menuduh berlaku siapa yang menyemarakkan fitnah ini dalam Internet kalau tidak bloggers celaka yang menunggu di luar padang untuk kutip bola fitnah itu dan bermain dengannya?
Apa jadi dengan Hussam sekarang? Apa jadi dengan Anual nakri sekarang? Memang mereka berjasa. Tetapi mereka tidak terlepas dari ujian dari Allah S.W.T. kini kedua2nya direhatkan oleh TGNA.
Kesemua ini ada kaitan dengan usaha puak endorgan mahu menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS. Langkah pertama, jatuhkan Ustaz Nasa dan naikkan Hussam. Gagal.
Langkah ke 2, jatuhkan cikgu pa supaya dato KJ menjadi SU Agung semula sbb dato KJ adalah proksi Anwar dan endorgan. Gagal.
Langkah ke 3, jatuhkan imej Ketua Dewan ulamak. gagal.
Langkah ke 4, usahakan supaya SU Politik TGHH adalah dari kalangan endorgan. gagal.
apabila semua langkah serentak ini gagal, maka serang SU Politik TGHH dan pembantu2nya. gagal.
sekarang, serang TGNA pulak oleh kickdafella bekas pembantu hussam. bloggers celaka lain terkedu dan menjadi serba salah.
sebab apa bloggers celaka diam membatu? sebab kickdafella ada banyak maklumat rahsia pasal bloggers celaka ini termasuk foto-foto mereka. anytime, bom boleh meletup. bloggers celaka takut dengan kickdafella, takut mereka dengan tokeh besar ini yang ada kaitan rapat dengan RPK dan Anwar. this is a political game brother.
Kita tunggu dan lihat apa berlaku selepas ini
Aku sokong artikel ni...
lepas nabi bagi bayan kat para sahabat dikalangan Ansar, mereka boleh terima dan tiada lagi bising2 mcam apa yg belaku sekarang. TGHH dah terangkan dan dah bersama2 menandatangi dokumen rasmi kesetiaan bersama pakatan rakyat.(ada dukumen rasmi) tapi set2 yg tak paham2, akai pendek kot,terus melobi mengenai UG yg dah tutup buku sebab paklah bukn lagi PM. Isu UG masa Paklah jd PM je.
Kena la wala'dah shiqqah pada penerangan TGHH. Tapi set ni, bawa kisah sirah, tapi merapu soal pengikut tak bodoh, pemimpin tak maksum. tak semua pengikut cerdik, bila mana tak paham2 bahasa. dah kata tutup buku sudah laaaa...
Bila ada dukumen pas didedahkan oleh bukn ahli pas, tak soal pulak sapa yg bocor rahsia? masa ni terus berdolak dalih, takde maklumat lah, takde peluru, takut silaplah dan macam2 lagi. aiitt masa hentam TGHH dulu dpt maklumat fasik pun terima? terus msk blog n siap kutut2 lagi...
bila disebut" pemimpin tak maksum, pengikut tak bodoh, tapi bila pengikut yg nampak cerdik bertindak mcm org bodoh? apa lagi nak dikata???? lu fikiq la sendiri!!!
Ali Zaidan sy nak 'betulkan' contoh yg awk sampaikan nih.
Aku nak tanya YB, apakah pada masa Rasulullah membahagikan harta, ada sahabat yang terus terjah dan kata "Saya tentera Muslim, Saya benci pemimpin yang tidak adil, saya benci pemimpin yang menafikan hak saya untuk ghanimah"?
Kalo ikut kisah mmg ader sorg tentera muslim yg bertanyakan soalan mcm ni pada waktu ketika itu. Walaupun dia didlm jemaah perang tersebut, tp tugas dia cuma memantau jer tentera-tentera islam ini berperang mcm buat spotcheckla. Dia tak pegi berperang pun tp mungkin aderla buat keje2 sket mcm bersihkan taik2 unta tentera islam time tuh sambil minum barbican. Yg dier tahu menerjah pejuang2 islam yg kononnya disyaki bersubahat dgn tentera musuh. Kemudian dengan bangganya akan menghebahkan berita penerjahannya di dlm kem tentera muslimin. begitulah kisahnya.
Setahu sy keturunan beliau ni ade kat Malaysia. Salah sorg anak cucu dier da jadi wartawan muda harakah pun. Taktaula btul ke tak citer nih..he.. Maybe saudara Ali Zaidan bole periksa kesahihan cerita sy nih huhu. Kalo tak betul anggaplah ia KHABAR2 ANGIN. Mungkin si TB nanti boleh gunakan kahbar angin nih buat tulisan dlm blog dier kuikuikui..
Bila baca komen anom 10:19, aku kata betul..betul..betul ! dan bila di sebut nama2 spt khalid, Dr Zul, Husam aku teringat pula pada IRC@JIM masa belajar kat US & UK muda2 dulu!
perghh anom 7:39.. wa respect your counter attack. i wish to read more from you. these guys known blogger celaka trying spin the ball and you anom7:39 return that ball by looping smash or u can do a top-spin either hahaha.
Betul ke anwar offer husam jd tpm?Xkan nk suruh husam jd senator kot. tpm senator.
Post a Comment