Hari ini sah lah menurut keputusan jamaah bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikekalkan untuk jawatan Mursyidul Am PAS. Secara peribadi, aku yang dah 14 tahun bersama dalam jemaah ini (sekarang faham kenapa aku kata umur aku 14 tahun? haha) gembira dan mengharapkan sentiasa ada perubahan positif hasil keputusan ini.
Aku juga mengulangi saranan yang aku buat tahun lepas, agar seboleh-bolehnya Mesyuarat MSU dibuat di Pulau Melaka bagi memberikan keringanan kepada TGNA sendiri.
Perlantikan semula ini juga sekaligus menafikan khabar angin TGNA akan digugurkan dan menafikan teori bodoh "Khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi". Kepada Rahman Talib; pencipta teori bodoh ini, silalah telan ludah sendiri. Sedap ke?
Ingin juga aku jelaskan fitnah-fitnah lain bahawa Us Ahmad Awang tidak terpilih kononnya kerana dia 'tidak searus' dengan kepimpinan lain.
Mesti diingat, TGHH sendiri pernah menawarkan Us Ahmad untuk menyambung perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Perak. Dia sendiri menolak. Dia juga menolak untuk bertanding jawatan Naib Presiden walaupun Us Ahmad ada peluang cerah untuk menang masa tu.
Jika sekiranya penyingkiran Us Ahmad mahu dibuat, untuk apa TGHH menawarkan sambungan jawatan Pesuruhjaya?
Otak lembap memang tak boleh fikir benda ini.
Isu Us Ahmad bersedia menyambung tugas sebagai Ahli Majlis Syura juga tidak relevan. Us Abdul Ghani Shamsudeen juga bersedia, tetapi tak pula dia dilantik.
Ada juga nama-nama lain yang gugur, antaranya Us Daud Iraqi dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Us Daud contohnya pernah kena 'bedal' dengan Rahman Talib sendiri semasa pra pemilihan Muktamar tahun lepas. Kenapa yang ini tak bising pula?
Kena ingat, PAS tak pernah tandus ulama'. Kalau tandus adab dan ilmu tu, Rahman Taliblah!
Seterusnya isu kewajaran TG Harun Din dipilih semula. Kiranya si Rahman ni (Yuran tahun ni dah bayar belum?) mempersoalkan kewajaran TGHD dipilih kerana langgar disiplin parti.
Ini masalah orang tak faham khilaf ulama. Pendapat TGHD diutarakan sebelum keputusan TG Presiden. Dan ia telah pun selesai selepas pertemuan dan penjelasan yang berlaku antara ulama. Maknanya selepas perjumpaan sesama pimpinan, TGHD tidak lagi membangkitkan isu tersebut.
Ia bukan satu kesalahan sebab TGHD tak pernah langgar disiplin. PAS meraikan perbezaan pendapat.
Yang langgar disiplin apabila dia pergi merepek dalam akhbar online dan buat press statement kecam Presiden dalam isu ini (selepas keputusan dibuat) . Ada dia buat benda tu?
Tak ada.
Mungkin ada orang persoal, kenapa Khalid Samad dihukum sebab berbeza pendapat?
Jawapannya dia bukan dihukum sebab berbeza pendapat. Dia kena hukum pasal gi bocor rahsia. Ni kena faham beza.
Seterusnya aku nak tanya Rahman, perlukah TGHD disingkir hanya sebab tidak sependapat? Cadangan Rahman Talib itu lebih kurang sama dengan golongan Muktazilah yang hukum Imam Ahmad sebab tak sependapat dengan mereka. Sebab Imam Ahmad tak mahu mengaku Quran itu makhluk! Nauzubillah. (Lafaz Quran itu Qadim, naskhah Quran itu makhluk)
Tapi sekurang-kurangnya Muktazilah ni hukum Imam Ahmad sebab isu akidah (Walaupun tindakan mereka salah!). Rahman Talib ni pula minta TGHD dihukum sebab hal fiqah.
Nampak gaya dari sudut ini, Rahman Talib lagi teruk dari Muktazilah!
#Update 1: Kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Abdul Aziz
#Update 2: Perlantikan ahli MSU: Kalau tak tahu lebih baik diam- Misbahul Munir
#Update 3: Us Azizan Abdul Razak (ahli baru), Us Hashim Jasin dan Us Hasan Shukri ialah ahli yang dilantik. Bukan digugur. Selain Us Abdul Ghani dan Us Ahmad Awang, yang tidak dilantik semula ialah Us Daud Iraqi (Beliau pernah dkritik TB) dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Minta maaf sebab timbulkan kekeliruan. Saya ubah perenggan tersebut.
Teladani Dr Na'im yang humble..
2 days ago
27 comments:
Kita jangan layan sangan si Rahman Talib ni. Kenyataan yang selalu memfitnah ulama'2. Cakap orang langgar displin tapi kalau tgk dari segi penulisan sebenarnya dia yang xde displin. Emosi lebih daripada Rasional.
ali..tolong langgar skek wanji barbican tuh..enta baca ulasan pd post baru dia..
http://g-82.blogspot.com/2010/03/bersama-saya-jayakan-misi-pakatan.html
Mari kita lihat kebodohan Ali Zaidan.
Ali cuba salah gunakan kenyataan saya:
""Khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi"
Ni contoh manusia TAK PAHAM bahasa Melayu.
Saya guna perkataan "biasanya" bukan "setiap kali" atau "SEMUA KHABAR ANGIN".
Mungkin Ali Zaidan perlu balik ke sekolah tadika semula dan belajar bahasa Malaysia.
March 29, 2010 4:32 PM
Kalau tak betul, atau tak semestinya betul, buat apa kamu sebarkan hingga cetuskan fitnah?
Kamu yg tak faham maksud. Kamu sendiri yg justifikasikan 'hak' untuk sebar khabar angin hanya dengan alasan dangkal begitu. Sekarang telanlah sendiri.
Hak apa kalau melibatkan sesuatu yg tak pasti?
Mari kita lihat bagaimana kaki putar alam Ali Zaidan ni beroperasi.
Aku cakap:
a. Dengar khabar angin Tok Guru kena pecat
b. Kat Malaysia biasanya khabar angin ni betul
c. HArap2 khabar angin ni tak betul
Apa fitnahnya?
Ni lah kalau dah keturunan putar alam. Segalanya nak chong. LAst2 jadi kaki fitnah.
Isu "MUSLIM SAHAJA TIDAK CUKUP" sampai sekarang kao tak dapat jawab.
Aku cakap, SEPT 16 ditolak PRESIDEN sebab MELAYU bukan ISLAM.
Jawab ni.
Oh satu lagi: Khabar Angin Ustaz Ahmad Awang dipecat tu BETUL TAK?
Kau ni bapak putar alam, la.
Bole blah la tb.Ko putar alam ayat tgha bleh plak.
Musafir,
Kao tak jawab soalan aku lagi:
"Adakah kao telah berkomplot dengan Papa Gomo untuk menyerang Tulang Besi tempohari"?
Papa gomo yang mana? Yang kuat amalkan dosa Qazaf tu la, mana lagi?
1. Kebodohan kau yg pertama ialah 'pecat'. Us Ahmad tak dipecat. Dia cuma tak dipilih kembali. Sama macam Us Ghani dan Dr Daeng Sanusi.
2. Presiden tak tolak 'Projek 16 Sept'. TGHH sendiri sign surat utk proses pertukaran secara aman. Lagi satu, Macammana nak tolak kalau benda tu tak jadi? In fact, 16sept gagal sebab masalah Mahathir-bakal PM. Kau tertinggal bas ke apa?
3. Aku kata 'hingga cetuskan fitnah'. Bukan 'fitnah'. reti membaca? Dan memang kau cetuskan fitnah, lihat saja ruangan komen blog kau tu. Terus tuduh2. Tengok saja komentator bernick Nizam Mahmud.
Dan terbukti teori kau tak betul bila kau cuba justifikasikan kepada artikel kau tu. Yang betulnya khabar rasmi lebih benar dr khabar angin. Jelas, bukti pemilihan semula TGNA.
Faham?
Satu lagi benda merepek kau buat, dah tau Papagomo tu 'kuat amalkan dosa Qazaf', cerita dia kau buta tuli ambik utk serang pihak yg kau tak suka.
Kau beriman ke tidak? Beriman tak kpd ayat 6 Al-Hujurat??
1. Kebodohan kau yg pertama ialah 'pecat'. Us Ahmad tak dipecat. Dia cuma tak dipilih kembali. Sama macam Us Ghani dan Dr Daeng Sanusi..
Kalau aku dulu kerja kat Celcom, lepas tu aku tak boleh kerja kat Celcom lagi. Dan aku tak pernah letak jawatan. Maknanya apa?
Jenis putar alam macam kao ni susah nak buat kira la.
2. Presiden tak tolak 'Projek 16 Sept'. TGHH sendiri sign surat utk proses pertukaran secara aman. Lagi satu, Macammana nak tolak kalau benda tu tak jadi? In fact, 16sept gagal sebab masalah Mahathir-bakal PM. Kau tertinggal bas ke apa?.
Kahkahkah sign lepas dah terlambat SAMA LAH macam tolak.
Kao nak putar apa lagi ni?
3. Aku kata 'hingga cetuskan fitnah'. Bukan 'fitnah'. reti membaca? Dan memang kau cetuskan fitnah, lihat saja ruangan komen blog kau tu. Terus tuduh2. Tengok saja komentator bernick Nizam Mahmud..
Kao kata "cetuskan fitnah"? Ada bukti tak?
Fitnah apa yang dicetus? Yang aku nampak fitnah ialah yang keluar dari mulut kao yang penuh putar alam.
Kah kah kah. Patutlah kau ni meraban. Buat analogi pun tak kena.
Kalau kau pakai otak kau sikit, sikit dah la, tak payah pakai banyak2. Nanti penat pulak. Kau pakai otak kau sikit, kau akan tahu bhw "TERGUGUR JAWATAN SELEPAS PEMBUBARAN SESUATU JAWATANKUASA DAN TIDAK DIPILIH UNTUK JAWATANKUASA YANG BARU DIBENTUK IALAH TIDAK DIPILIH SEMUA".
Sekarang, ada ke Celcom tu terbubar? Ada ke? Kalau Celcom tak pernah bubar, kemudian kau xboleh kerja lg, mmg la kau dipecat. Tp, ada ke Celcom dibubar?
Patutla kau tak dapat jadi CEO. Principle of management pun haru biru!!
Kahkahkah sign lepas dah terlambat SAMA LAH macam tolak.
Kao nak putar apa lagi ni?
Apa buktinya lepas dah terlambat? Jadi Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim pun tolak sebab mereka sign selepas TERLAMBAT?
Kao kata "cetuskan fitnah"? Ada bukti tak?
Fitnah apa yang dicetus? Yang aku nampak fitnah ialah yang keluar dari mulut kao yang penuh putar alam.
Firaun pun rasa dia betul. Itu busuknya hati yg hitam dan penuh dengan hasad.
Ada. Tengok komen Nizam Mahmud.
Setuju dengan artikel ini. Semua ulama berbesar hati sama ada dipilih atau tidak. Yang sibuk2 melaga dan meragukan hati-hati orang yang beriman dalam jemaah hanyalah blogger yg busuk hati dan celaka.
Dr kenyataan tgna: Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Pemimpin yg mulia sentiasa berbaik sangka. Puak anai2, husnuzzon ada tak dlm hati kamu semua?
meriah blog alizaidan, tulangbesi bertandang rupanya, tak terpilih dengan dipecat, berulang ditulis tu, hebat alam maya ni, musafir tolong jawab soalan tulangbesi, kalau tidak dia akan suruh mung bersumpah nanti, tapi betul le kata batuapi tulangbesi memang tak layak jadi ceo, sebab tu hassan ali tak bagi, rupanya hassan ali berpandangan jauh... ramai org tak nampak rupanya. hehhe
pemimpin UG memang celaka dan membawa kecelakaan kepada ummah dan jemaah.
Apa yg dilalui oleh Ust Ahmad Awang, mantan YDP Persatuan Ulamak Malaysia kini adalah ujian besar untuk Allah angkat darjatnya sebagai Presiden PAS tak berapa lama lagi.
p/s.. jika ditakdirkan Ahmad Awang mlwn Hadi Awang sebagai Presiden, saya dapat merasakan Ahmad Awang akan menang besar...
Ujian besar mende gok. Us Ahmad pom xdok rase mende. Xdok la meraung kecewe ke. Set2 mung je hok bolok. Ustaz rilek je padahal.
Hok bawok celake ni set2 mung ah. Dok reti base ngat.Orang kabo tutup, set mung gi bukok. Saje nok kenat ke gane?
Artikel ini ada kaitan dengan Perlantikan Mursyidul Am pas.
Bila diteliti dengan tekun dan sabar kita akan dapati betapa bodoh bertingkat2 kita boleh nampak jelas, nyata dan terang.
Tapi kalau jenis bodoh berlapis-lapis memang payah nak nampak.Asalnya kita tak sangka golongan itu bodoh,muka tak nampak bodoh,gaya pun begitu, tapi bila dengar kenyataan dan tulisan golongan ini,barulah kita sedar akan kebodohannya.Akan ada dikalangan kita yg sering berpesan2 dengan kebenaran agar golongan bodoh ini insaf dan kembali ke jln yg benar.
Tapi bila bagi teguran dan nasihat kebodohannya golongan ini kian jelas dan makin terang bersuluh.
Memang tidak akan lenyap golongan yg sering berpesan2 dengan penuh sabar memberi peringatn dan penerangan.
Ahhhh...kebodohan itu tidak berakhir,ia terus terdedah dan mendedah lagi. Teori2 yg ganjil lagi penuh dengan budaya muktazilah akan di guna pakai seadanya. Campak ketepi soal dosa dan pahala. Biar, kubur lain2..yg penting kami ikhlas mencabut budaya wala itu.
Lagi bagi penerangan lagi berkelopak dan terus berkembang mekar konsep kebodohan mereka.
Makin diganggu gugat kebodohan itu dengan teguran semakin terkoyak lapisan bodoh itu, lapisan baru akan tercipta dengan lebih tebal dan bebal tahap kebodohan itu.Hingga kebodohan itu membuak-buak bagaikan ledakan gunung berapi. saat itu barulah org yg menumpang teduh dari kebodohan itu sedar dan pakat cabut lari.kerana yg menumpang bodoh itu pun bodoh juga kerana diperbodohkan akibat kebodohan sendiri. Hanya tersedar bila dah tercurah lahar kebodohan atas muka dan wajah-wajah penuh lapis fitnah dan pembohongan serta khbar angin yg menyapu-nyapu tubuh hanyir mereka akibat beriman dengan kebodohan dan kejahilan yg diperangi sepanjang zaman oleh Org yg bertakwa.
Yang inilah namanya bodoh berlapis-lapis wahai saudara...perangilah golongan ini sebagaimana nabi memerangi kejahilan dikota makkah...
PENUTUP: Sesiapa yg dah terfitnah, termakan fitnah, membuat fitnah, mereka fitnah, menyebar fitnah, pembela fitnah dan segala yg menyebabkan dosa, agak bertaubat dan berusaha memujuk diri agar meminta maaf pada org yg difitnah dan menjadi penyebar fitnah itu berleluasa. Allah itu Ternyata maha pengampun lagi maha pengasih.
dulu keja celcom, lepaih tu tak boleh.. sebab ngko kontrak je. kontrak dah habih, blah la, nak memekak pasal apa pulak. ni ka calon ceo? hari tu tak reti pasal akta pertubuhan, skarang employment act pun blur. ceo appa ni?
"Adakah kao telah berkomplot dengan Papa Gomo untuk menyerang Tulang Besi tempohari"?
TB,
Aku xpayah komplot pun ngan sape2. Sape2 yang waras tengok statement ko ni akan serang ko. Cuba la buat keje yang lagi baik daripada menyebarkan Fitnah.
syabas sy ucapkn kpd penulis...teruskn usaha menulis menangkis fitnah yg sdg dihidupkn tu...semoga tuan dirahmati Allah
Anonymous Anonymous said...
maklumak baru yang baru dapak. maklumak dari pejabak agong pas jalang raje lauk.
ali zaidang tu budak nasharudding Mak Iseee.
Die ngaji UIA. sekarang jadi PA Nasha.
namee dieee Meor. Dulu perasang nok jadi PA Dr Zul. Tapi sebak dia bodo bedooh lalu. Tak leh follow Dr Zul. lepah tu ikut nasha pulok. tu jadi bodo bedengung tu.
Ali Zaidang nge Batu Api tu budok pejabak agong jalang rajee lauk.
March 30, 2010 7:08 AM
kahkahkah Ali putar alam. takda sapa percaya kao dah sebab kao kaki putar alam,
Kejap SP, kejap Meor pulak!
Cuba sumpah sekali aku nak tengok!
syaitan & konco2nya (kristian, yahudi, hindu, dll) mungkin akan berpesta riuh rendah kerna perdebatan -ve yang terjadi antara kalian, wAllahualam.
*kaki putar alam itu lebih enak dgelar kepada setan si durjana !
wAllahualam.
Post a Comment